Showing posts with label fikiranku. Show all posts
Showing posts with label fikiranku. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

Teka-teki

ada sesuatu yang selalu bermain di fikiran aku..
tentang perasaan antara manusia..
aku ingin bertanya..
jika kamu ada seseorang yang sangat kamu cinta,
yang amat kamu kasih,
yang terlalu kamu sayangi,
seseorang yang sanggup menghadapi apa jua rintangan bersama kamu,
demi seseorang itu,
adakah kamu sanggup menempuhi apa jua cabaran dengan sepenuh hati kamu tanpa berputus asa?

jika kamu tahu apa yang ada dihati kamu,
jika kamu tahu apa yang penting bagi kamu,
jadi mungkin kamu sudah ada jawapannya
kerana ia akan terjawab dengan sendirinya..
jadi jika kamu sudah ada jawapannya,
kamu hanya perlu beranikan diri kamu dan berlawan untuk itu..

tapi bagaimana pula jika orang yang kamu cintai,
kasihi dan sayangi itu telah mempunyai orang lain?
orang yang sangat dia cintai, kasihi dan sayangi?
adakah kamu sanggup memisahkan mereka demi cinta kamu itu?

harus kamu ingat ikatan hati antara mereka bukan mudah untuk dileraikan..
dan walaupun kamu berjaya untuk memisahkan mereka,
kamu harus tahu bahawa,
jika seseorang kehilangan orang yang amat mereka sayangi, mereka hanya ibarat cengkerang yang sudah hilang isinya..
memaksa mereka untuk berada di sisi kamu, adakah kamu akan bahagia?
dan jika kamu tidak peduli semua itu,
jika kamu benar-benar tidak peduli yang ada di sisi kamu hanya cengkerang sahaja..
kamu harus ingat itu semua hanya akan menyeksa dia dan kamu juga..
------------------------------------------------------------
if u harm others, u will harm urself eventually..
------------------------------------------------------------
when u fall in love with someone who belongs to someone else,
acknowledging the reality is painful..
the more u know how much they love each other,
the more pain u have..
and it will be more painful if u choose to be an intervener..
u have to keep every feeling inside..
the only thing u can do
is waiting to be seen that u're right here..
just waiting..
----------------------------------------------------------------------------
perhaps, we met at the wrong time and it's me who hurts..
----------------------------------------------------------------------------

Sunday, January 13, 2013

Melangkah pergi

semua orang pasti akan melalui satu fasa dalam kehidupan..
dimana mereka perlu meninggalkan atau melangkah pergi dari sesuatu..
sama ada secara paksa mahupun secara rela..

dari dahulu..
sejak kecil lagi kita sudah dibiasakan untuk melangkah pergi..
meninggalkan alam sekolah..
meninggalkan rakan-rakan..
meninggalkan segala kenangan..
kita sudah dibiasakan..
kita sudah terbiasa..

namun hingga ke hari ini..
bila mana kita harus berlalu pergi..
bila mana kita harus melangkah kaki..
dan bila mana terjadinya perkara itu..
kita maseh akan merasa kehilangan..
kita maseh akan merasa kekosongan..

kita melangkah pergi untuk memulakan babak baru dalam kehidupan kita..
ada yang harus kita tinggalkan..
ada yang terpaksa kita tinggalkan..
ada yang tanpa sedar kita tinggalkan..
walau terbiasa mana pun kita dengan perpisahan..
walau sekebal mana pun kita untuk mnegambil keputusan bagi melangkah pergi..
pasti ada sekelumit kekosongan yang terasa di dalam hati..
pasti ada sekelumit kehilangan yang dirasa di dalam jiwa..
dan pasti ada sekelumit kerinduan..

p/s: da lama giler aku tak update blog aku ni..memang bersawang abes la..tapi aku tahu bukan ada siapa pun yang tunggu tuk aku update pun kan..haha..

Saturday, February 19, 2011

Gokusen the movie

cerita ni agak cliche mcm gokusen1, 2 dan 3. Seorang pewaris geng yakuza yang menjadi cekgu dan sering mendapat pelajar-pelajar yang teruk dan samseng di dalam kelas die.
Pastu die cuba nak memahami dan merapatkan diri die dengan pelajar-pelajar die.
Di samping itu, die membantu pelajar-pelajar die dengan masalah mereka masing-masing..
Daripada gokusen 1 sampai ke movie die same je plot cerita die. Haha.
Tapi aku suka layan gokusen the movie ni bila aku tengah gelabah dan risau pasal masa depan aku.


Hakikatnya, aku memang selalu menonton drama dan filem terutamanya dari jepun bila aku sedang beremosi.
Bila aku tengah sedih, aku akan tonton cerita sedih dan mungkin aku akan menangis.
Bila aku tengah hilang semangat atau kecewa, aku akan tonton cerita yang mampu memotivasikan aku.
Bila aku sedang resah dan gelabah, aku akan tonton cerita yang mampu tenangkan aku.
Banyak yang aku belajar daripada cerita-cerita yang sudah aku tonton.
Begitu juga, gokusen the movie ni.


Aku tertarik dengan salah satu watak dalam cerita ni. Watak Odagiri Ryo. Bukan sebab die kacak atau bergaya tapi sebab aku terasa dekat dengan watak tu. Dalam cerita ni, odagiri ada masalah di mana die tidak tahu apa yang die cari.
Bila die tamatkan pengajian, die jadi gelabah sebab die maseh tidak tahu apa yang die mahu dalam hidup die. Dan bila die gelabah, die ingat kata-kata cekgu die.
"Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang kita mahu dan kadang-kadang kita gagal dalam apa yang kita lakukan tapi jangan sekali-kali takut untuk bangun dan bermula semula".
"don't give up". "it's ok to fail".
Kata-kata itu lah yang menyebabkan odagiri ni tak putus asa dan cari apa yang die mahu.


Sama macam aku, bila aku habis belajar aku pon mula gelabah.
Selama ni aku hanya perlu belajar apa sahaja yang ada dalam syllabus, tak payah fikir, buat sahaja.
Tapi bila dah habis belajar ni aku mula terfikir apa sebenarnya yang aku hendak sekarang.
Hanya aku yang akan tentukan apa yang aku akan lakukan selepas ni tapi aku sendiri tak tahu.
Mahu tak gelabah aku.
Sebab itu aku suka cerita ni. Ingatkan aku jangan mengalah. Ingatkan aku jangan takut.
Mungkin sekarang aku tak jumpa lagi tapi aku akan terus mencari.


"It's ok for me to fail but i will never give up".

Wednesday, December 15, 2010

melangkah perlahan

bila bercakap tentang aku
apa yang aku yakin
aku seorang yang cepat gelabah
mungkin selama ini aku berjaya sembunyikan
kawan-kawan aku kata aku selalu tenang
apa yang jadi pun aku tenang


sebenarnya
aku lah yang paling cepat gelabah
bila ada benda yang tidak jadi seperti yang aku sudah rancang
aku akan gelabah
bila aku tengok orang lain semua buat apa yang aku belum buat
aku akan gelabah
cepat sangat gelabah
padahal kadang kala perkara remeh


contoh terbaru
baru-baru ini
aku baru habis belajar
aku tengok kawan-kawan aku semua sudah ada perancangan
sudah tahu apa yang ingin dilakukan
sudah mula melangkah untuk maju dalam kehidupan
tapi aku
langsung tiada perancangan
dan lebih parah lagi aku tidak tahu apa yang aku inginkan
terus aku gelabah
sangat gelabah


tapi
dalam kegelabahan aku
aku terfikir
aku kena buat macam selalu yang aku buat bila aku gelabah
aku harus tenang
aku perlu tenang
ini hidup aku
dan hidup aku tidak sama dengan hidup mereka
dan aku perlu tenang
dan aku perlu fikir
kehidupan aku sekarang sudah tidak sama seperti masa belajar
dahulu ada "deadline"
ada tempoh untuk pengajian
dan dalam tempoh itu hanya pengajian yang perlu dikisahkan
tapi sekarang hanya ada kehidupan
hingga ke penghujungnya
jadi aku tidak perlu terburu-buru
mungkin sekarang aku tidak tahu apa yang aku mahu
esok lusa siapa yang tahu?
bila fikir begitu
aku mula tenang
fikiran mula terang
walau masih belum jumpa apa yang aku inginkan
walau masih belum aku temui jalan
aku tenang
yang penting sekarang
aku perlu melangkah mencari
aku perlu terus mencuba
biarpun perlahan
biarpun tidak aku tahu bila kesudahan
yang penting
aku masih berjalan

Saturday, October 30, 2010

berhenti seketika

hidup ini bukan mudah
hidup ini tidak selalu indah
hidup ini kadang kala parah

setiap masa ada yang terluka
setiap masa ada yang berduka
setiap masa ada yang masih mencuba
mencuba untuk bangkit setelah tersungkur kecewa
mencuba untuk menghapus kesakitan yang dirasa
mencuba untuk kembali berjalan walau masih sesak di dada


ada yang mengambil masa yang lama
ada yang hanya seketika
masa yang diambil untuk bermula semula
kerana kita semua berbeza
jadi jangan gundah gulana
ambil masamu dan tenang kan rasa


kita berhenti bukan kerana kita kecewa
kita berhenti bukan kerana kita sudah lelah mencuba
bukan juga untuk menangisi kekecewaan yang di rasa
kita berhenti untuk menilai diri kita
kita berhenti untuk melihat apa yang kita ada
kita berhenti untuk mengemaskan semula langkah kita
kita berhenti untuk kembali mencuba dengan jiwa yang membara
tiada salahnya untuk berhenti seketika
andai kau tidak lupa untuk melangkah semula


p/s: terima kaseh kepada kak zahrah yang mengingatkan aku bahwa tiada salahnya untuk
pause sekejap dalam dunia yang perlu struggle sentiasa..pause bukan bererti stop kan..

Tuesday, July 6, 2010

suatu perjalanan

aku tak nafikan..
aku bukan seorang yang sukakan cabaran..
dan aku juga bukan kaki jalan..
mengembara melihat keindahan..
merasai dugaan dan kegembiraan..

pernah terdetik di hati..
untuk apa aku pergi??
hanya menyusahkan diri..
buat penat badan dan kaki..

tapi aku tak dapat bohong..
perjalanan ini amat bererti..
untuk aku mengenali diri sendiri..
dan juga menghargai mereka yang ada di sisi..

perjalanan ini..
mengajar aku menghadapi ketakutan diri..
memaksa aku mengakui kelemahan diri..
yang selama ini aku cuba sembunyi..

perjalanan ini..
membuka mata ini untuk lebih memahami..
diri sendiri..
juga mereka yang ada di sisi..

sungguh..
aku benar-benar bersyukur aku memaksa diri..
untuk melalui perjalanan ini..
terima kaseh Tuhan..
terima kaseh untuk mereka..
terima kaseh untuk semua..

p/s:bagi orang seperti aku yang tidak suka berjalan-jalan, pengembaraan amat memenatkan dan menyusahkan..tapi jika ada teman-teman di sisi, ia mungkin menjadi pengalaman yang amat menyeronokkan dan benar-benar mengembirakan..

Thursday, December 17, 2009

kuasa kata..

***********
aku: selamat hari lahir!!semoga dapat ape yg diimpikan dan tenang selalu..
dia:thanx!!:-)
aku:same2..sory la takde adiah nk bagi..huhu..
dia:xpela..hadiah yg bg dulu pun ad simpan lagi..haha
aku:huhu..mcm kelaka lak bile ingat balik mase2 dulu..eheh
***********
-------
dialog ini ringkas dan mungkin tidak memberi makna langsung pada kamu..kamu terfikir..apa yang aku cuba beritahu??

hurm..
memang dialog ini ringkas tapi bagi aku bermakna..
ia menggambarkan betapa kata-kata dapat membuatkan aku rasa dihargai..
menggambarkan bahawa aku masih diingati
walaupun dah lama kisah itu berlalu..
ya, satu rasa yang sangat indah..

fitrah manusia ingin dihargai..
fitrah manusia inginkan perhatian..
yang membezakan kita adalah bagaimana kita ingin ia diberikan..
ada yang inginkan dengan perbuatan..
ada yang sekadar perkataan sudah cukup memberi
kegembiraan..
dan perkataan itu pun tidak perlu yang bermadah
indah..
tak perlu yang dirangkai penuh nada..
cukup sekadar sepotong ayat yang menjadi perbualan sehari-hari..

hurm..
aku masih terfikir..
apa yang aku cuba sampaikan??
oh ya..
kuasa kata-kata..
dapat menggembirakan mereka yang suram..
dapat menyakitkan hati yang tenang..
dapat membarakan semangat yang hilang..
dapat membuat manusia meraung..
dapat membuat manusia tersenyum..
dan banyak lagi yang mampu kata-kata lakukan..
ya bagi aku kata-kata sangat berkuasa..

jadi..
walaupun sukar bagi aku sendiri..
marilah menjaga kata..
----------------
tiba-tiba aku terfikir..
aku rasa..
banyak lagi benda-benda yang berkuasa selain pangkat dan harta..
hurm..
menarik untuk difikirkan..

Tuesday, September 29, 2009

Perempuan


masa cuti raya hari tu aku tertonton sebuah drama..tertonton kah??iye la kot..sebab aku secara tiba-tiba tertukar tv2 dan terus melekat di depan tv sehingga tamat drama tu..
drama ni bertajuk "Perempuan"..lagipun aku suka tengok Dira Abu Zahar ni belakon..



Drama ni berkisarkan tentang dua orang perempuan yang mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza, agama yang berlainan dan dugaan hidup yang berbeza..
mereka dipertemukan dalam ruang perasaan secara rohani tapi tidak pernah bersua secara nyata. Yang samanya mereka ni cuba mencari kebahagiaan dalam hidup
masing-masing dan Ramadhan memberi sinar baru dalam hidup mereka..Kedatangan Syawal dinantikan mereka sebagai hari kemenangan yang telah mengubah diri dan kehidupan mereka.


Menonton cerita ni membuatkan aku terfikir..Bagaimana seorang perempuan atau anak tu masih mampu memaafkan dan masih mencari ibunya yang sangat membenci
dirinya dan telah menjual dirinya untuk membayar hutang..dan betapa dia tidak menyalahkan orang lain dan redha menerima kisah silamnya..
Aku terfikir jika aku menjadi dia, dapatkah aku bertahan??mungkin aku menjadi pembunuh atau aku yang terbunuh..haha..gila kan??
aku bukan orang yang mempunyai kesabaran yang tinggi..itu aku akui..
kadang kala pabila kesabaran aku dicuit sedikit, kemarahan pun membara..baru dicuit..belum dijentik..
mengawal diri memang sukar..musuh paling utama juga adalah diri sendiri..
ya..diri sendiri..yang paling hampir dan sentiasa bersama..
orang yang paling kuat adalah orang yang dapat mengawal marah..
eh, apa yang aku repekkan ni??entahlah..kalau kamu rasa kamu dapat apa-apa dari bacaan ini, baguslah..jika tidak maknanya memang aku tengah merepek..

p/s: terima kaseh kepada www.budiey.com untuk gambar dan sinopsis..

Tuesday, September 15, 2009

Gadoh



Sinopsis Gadoh:
Gadoh menceritakan tentang sekumpulan remaja yang hanya berkawan mengikut bangsa mereka dan bergaduh dengan bangsa lain..
Ini disebabkan persekitaran tempat mereka membesar dan juga sistem sekolah yang menyebabkan berlaku perbezaan antara bangsa-bangsa yang ada..
Jadi untuk meyelesaikan masalah ini dan memulihkan nama sekolah, seorang cikgu mencadangkan supaya ditubuhkan kelab teater dan pementasan kelab ini akan diadakan dihadapan pegawai dari jabatan pendidikan..

Filem yang berdurasi 70 minit ini diarah oleh Brenda Danker dan juga Namron..Jika kamu tidak kenal Namron, dialah yang berlakon sebagai hero dalam cerita Paloh..Filem yang bertajuk
Gadoh ini tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan di pawagam..Benar..mungkin ada pihak yang terasa kerana itu ia tidak diluluskan..
Tapi bagi aku cerita ini sangat jujur..Cerita ini lagi berbaloi untuk ditonton daripada kita menonton filem-filem air mata, dan filem-filem yang dikatakan mahu mengetengahkan gejala sosial..
Ya, mungkin jalan cerita ini agak panas dan bahasa-bahasa yang dituturkan agak kasar dan bersifat sangat perkauman..
Tetapi, ini lebih baik daripada cerita-cerita yang memaparkan wanita-wanita seksi dan adegan-adegan panas..
Bukan aku hendak membenarkan atau membiarkan penggunaan bahasa kasar dalam kehidupan seharian tapi jika ditonton sehingga tamat banyak pengajaran yang kita dapat..

Ramai yang melatah apabila menonton cerita ini..Cerita berunsur perkauman lah, menggalakkan permusuhan lah dan macam-macam lagi..Tonton dulu cerita ini sampai habis..Pengakhirannya
lebih indah daripada cerita-cerita yang ada..Dan mungkin kerana pengakhirannya itulah yang menyebabkan cerita ini tidak diluluskan..

Bagi aku, cerita sebegini lah yang sepatutnya ditayangkan kepada orang ramai..Jika ada yang terasa, bagus..Ubah lah apa yang patut..Sampai bila kita hendak berpura-pura
mengatakan segalanya baik sedangkan di dalamnya pincang..Dan bagi aku pembikin-pembikin filem seperti ini lah yang harus dibanggakan kerana mereka membikin cerita untuk kita
berfikir, cerita untuk kita menilai diri kita dan cerita untuk kita berubah..

Monday, September 7, 2009

Antara Garisan


hujung minggu yang lalu, aku ada menonton sebuah telemovie yang memang pada mulanya aku tidak ingin tonton..
bukan kerana aku memperlekehkan karya itu tetapi mungkin kerana ada pelakon yang tidak aku berapa gemari..maafkan aku..
aku juga manusia bukan??tapi Tuhan itu maha berkuasa..kini aku bersyukur diberi peluang untuk menonton telemovie
itu yang bertajuk "Antara Garisan"..

telemovie itu bermula dengan kedatangan seorang ustaz ke sebuah kampung dan dia terserempak dengan seorang
GRO dikawasan masjid..dia memandang GRO itu dengan pandangan jijik..dan pengakhirannya pula ustaz itu
bertukar tempat dimana bekas GRO itu pula yang memandang ustaz itu dikaki masjid dalam keadaan yang
mengaibkan kerana ditangkap berzina..
dalam cerita itu juga permulaannya ada seorang yang alim yang mengalunkan ayat suci Al-Quran dan pada akhir
rupanya dialah syaitan yang mengajak manusia kearah kesesatan..

telemovie ni memang menarik..membawa maksud yang sangat mendalam..
kita sebagai manusia hanya dipisahkan dengan satu garisan halus antara kita..
garisan pahala dan dosa..ada kala kita terlintas garisan itu tanpa kita sedari..
ada kala hanya sesaat sahaja kita sudah melepasi garisan itu..
oleh kerana itu, kita tidak layak untuk manghukum seseorang..
tidak tercapai kuasa kita untuk mengatakan seseorang itu akan jatuh ke dalam neraka atau berjaya sampai ke syurga..
tidak sampai dek akal kita untuk mengira seberat mana pahala seseorang dan seberat mana dosa seseorang..
kita hanya manusia..
apa yang termampu adalah membantu..
andai ada yang terlintas ke garisan dosa hulurkan tangan untuk membawa dia kembali menyeberangi garisan pahala..
bukankah itu lagi mulia daripada kita terus-terusan menghukum dan menghina??
kerna kita jua manusia..
mungkin kita yang akan terleka hingga terlintas garisan dosa..

Wednesday, September 2, 2009

cinta 3 musim


aku tonton cerita cinta 3 musim ni semasa aku masih di bangku sekolah rendah lagi..
cerita ni versi vcd..aku rasa ia tidak ditayangkan di panggung pun..
sama lah seperti drama korea atau jepun yang ada sekarang ni..
dan aku rasa cerita ni la drama malaysia pertama yang aku pernah tengok yang cuba menggunakan idea-idea seperti drama-drama
dari jepun atau korea..
itu yang menarik tentang cerita ni..
dalam cerita ni hero nya adalah aqasha dan heroin nya adalah amy mastura..
aku siap mintak ibu bapa aku beli vcd cerita ni lengkap lagi daripada mula sampai akhir..kira satu set la..
haha..
aku pun tidak tahu mengapa aku suka tengok cerita ni..
biasa lah budak-budak lagi masa tu..
mungkin kerana ada amy mastura..dulu aku minat tengok dia berlakon..
macam cerita puteri impian tu..
sekarang bukan tidak minat tapi biasa-biasa sahaja..haha..
dan mungkin masa itu, aku masih lagi minat men0nt0n cerita-cerita yang berkisar tentang percintaan..haha
cerita ni dah nama pun kisah cinta pasti lah tentang cinta yang dihalang dan pengakhirannya pasti semua sudah tahu kan?
hero tidak akan kalah..cinta pasti bersatu..
cerita ni siap ada lagu tema lagi..aqasha nyanyi berduet bersama amy mastura..
tajuk lagunya tiada ragu..
ni lirik lagu tu:

[Amy Mastura]
Kau masih dihati
Bagai pelangi yang menerangi

[Aqasha]
Ku masih menanti kasih
Kabuskan pasti pergi

[Amy Mastura]
Dan bermusim warna cinta
Tak ku sampai tiada jua tercapai
Dalam lara tiadalah ku sedar
Di pinggir masa

[Chorus]
[Amy Mastura]
Oh.. kekasih
Engkau satunya
Tak mungkin berubah cintaku
Hati teruja
Biar ku rebah rela berduka
Asal indah bersamamu
Selama-lamanya

[Aqasha]
Ku terima semua
Kerna kau ada di dalam jiwa

[Amy Mastura]
Telah ku cuba
Tak terdaya
Semakin dalam kasih membakar rasa

[Aqasha]
Ohh.. daku jua
Gelora jiwa
Seringkali terduga

[Amy Mastura & Aqasha]
Oh.. kekasih [kekasih]
Engkau satunya [engkau satunya]
Tak mungkin berubah cintaku
Hati teruja
Biar ku rebah [biar ku rebah]
Rela berduka [rela berduka]
Asal indah bersamamu selamanya ohhhh...

Oh kekasih
Engkaulah satu
Bersama mengukir janji di awan biru
Biarkan musim
Biar berlalu
Agar seri kasihmu tak ragu dan rapuh
Tiada ku ragu

p/s : biar berapa musim pun kita bercinta, andai dia bukan jodoh kita, kita tetap tidak akan dapat bersamanya..
tapi rasanya tidak salah untuk berusaha dengan berdoa dan kemudian redha..
yang penting kena ingat rasa itu milik Tuhan, jadi mintalah dengan Tuhan..

Monday, August 3, 2009

MENJADI AKU..


aku ade banyak cita-cita..
aku penah rase cam nak jadi pensyarah..
tp aku tak suke kene syarah, so terpakse la melupakan niat suci 2..
disebabkan aku suke bermain bola sepak, penah gak aku bercita-cita nak jadi pemain bola kan..
tapi apakan daya..eheh..(x bole bgtau asal x leh jadi)..
pas2 ade gak rase nak jadi akauntan sebab aku suke kire2 nie..
tp idop yang aku lalui skang nie takde kene mengene ngan akaun..
jadi cmnela aku nk jadi akuntan kan..
ade gak aku terpikir nak jadi penulis..
tapi aku sendiri tak tau kenape aku nak jadi penulis dan ape yang aku nak tulis..
so, tak bole jadi nie..
aku penah gak terpiki nak jadi pelukis komik..
tp asal aku lukis org, org(bkn org yg aku lukis tu) akan ckp tue pokok kalu aku lukis kucing org kate gajah..
jadi sebelom aku merosakkn industri komik bek aku lupakn cita-citaku itu..
sampaikn skang ni, aku da tak tahu da nak jadi ape..hampeh betol kan..
tapi..
ape yang aku tau..
AKU MAU MENJADI AKU..
"We are what we believe we are"-Benjamin N.Cardozo-

Friday, July 31, 2009

CUBAAN PERTAMA


ni kire first entry aku..
bl0g ni sebenarnye dah wujud dalam sebulan lepas dah cuma aku je yang was-was nak tulis dalam bl0g ni..eheh..
sebenanye aku tak tahu ape aku nak tulis tapi skang aku rase aku nak tulis gak lah..
aku cuma nak kongsi ape yang aku fikir dan ape yang aku rase..
kalu kamu rase bl0g ni tak best, kamu nmpk tanda pangkah kat ujung page belah kanan kn..
ha, ape lagi, silelah pangkah (bkn t0k ngundi tp t0k tut0p browser da..)
tp kalu kamu rase b0san-b0san dan rajen t0k membuang mase melayari bl0g aku, aku amat mengalu-alukan kedatangan kamu semua..
cuma tak ade hidangan kueh-mueh je la t0k menjamu kamu semua..
ok la..sampai sini dlu rasenye..

akhir kata,selalu la ingat yang
"The necessary thing to do is not to divide, but to share"-@ku-