***********
aku: selamat hari lahir!!semoga dapat ape yg diimpikan dan tenang selalu..
dia:thanx!!:-)
aku:same2..sory la takde adiah nk bagi..huhu..
dia:xpela..hadiah yg bg dulu pun ad simpan lagi..haha
aku:huhu..mcm kelaka lak bile ingat balik mase2 dulu..eheh
***********
-------
dialog ini ringkas dan mungkin tidak memberi makna langsung pada kamu..kamu terfikir..apa yang aku cuba beritahu??
hurm..
memang dialog ini ringkas tapi bagi aku bermakna..
ia menggambarkan betapa kata-kata dapat membuatkan aku rasa dihargai..
menggambarkan bahawa aku masih diingati
walaupun dah lama kisah itu berlalu..
ya, satu rasa yang sangat indah..
fitrah manusia ingin dihargai..
fitrah manusia inginkan perhatian..
yang membezakan kita adalah bagaimana kita ingin ia diberikan..
ada yang inginkan dengan perbuatan..
ada yang sekadar perkataan sudah cukup memberi
kegembiraan..
dan perkataan itu pun tidak perlu yang bermadah
indah..
tak perlu yang dirangkai penuh nada..
cukup sekadar sepotong ayat yang menjadi perbualan sehari-hari..
hurm..
aku masih terfikir..
apa yang aku cuba sampaikan??
oh ya..
kuasa kata-kata..
dapat menggembirakan mereka yang suram..
dapat menyakitkan hati yang tenang..
dapat membarakan semangat yang hilang..
dapat membuat manusia meraung..
dapat membuat manusia tersenyum..
dan banyak lagi yang mampu kata-kata lakukan..
ya bagi aku kata-kata sangat berkuasa..
jadi..
walaupun sukar bagi aku sendiri..
marilah menjaga kata..
----------------
tiba-tiba aku terfikir..
aku rasa..
banyak lagi benda-benda yang berkuasa selain pangkat dan harta..
hurm..
menarik untuk difikirkan..
No comments:
Post a Comment