Showing posts with label suara hatiku. Show all posts
Showing posts with label suara hatiku. Show all posts

Friday, March 17, 2017

awan = manusia

ada satu kata-kata,
yang menyebut,
jika bermimpi biar setinggi langit, andai terjatuh masih disambut awan.

kata-kata ni buat aku berfikir,
mungkin kata-kata ni mampu menaikkan semangat orang lain.
nampak indah susunan katanya.
tapi adakah indah maksud bahasanya?

bagi aku mungkin kita akan disambut awan.
tapi harus diingat, awan itu sifatnya berubah.
awan berarak.
sentiasa berubah tempat.
sentiasa bertukar bentuk.
ia tak kekal di satu tempat.
ia takkan kekal dengan kau sentiasa.
untuk sambut kau.
untuk terima kau.
sampai masa awan tu akan berarak pergi tinggalkan kau.
bila-bila masa sahaja.

macam manusia.
walau apa pun yang pernah di kota,
walau semanis mana pun janji di cipta,
walau sekuat mana pun ikatan yang ada,
walau sedalam mana pun rasa yang kau ada,
bila dia sudah bosan,
bila dia rasa kau sudah tak berguna,
bila tiada lagi rasa di hati nya,
dia akan pergi.
macam tu sahaja.

jadi jangan berharap sangat akan ada awan untuk sambut kau kalau kau terjatuh.
untung nasib kau ada lah yang menyambut.
andai tidak,
kau tersembam tersungkur ke bumi.
itu hakikat.
jadi terima.

Tuesday, February 28, 2017

graduate from you

they are people in this world that,
no matter how hard you try,
no matter how much you care,
you will still remain invisible to them,
your feeling will never reach them.

it is hurt when you are caring so much.
it is hurt when you are trying so hard.
but in the end,
they won't understand,
they won't even try to listen,
and
you are just hurting yourself,
and
the only thing you can do is crying alone.

the only thing that i want is to erase this thinking.
the only thing that i want is t let go all of this feeling.

graduate from you is all that i want to do.

Monday, May 2, 2016

hidup & mati..

aku tak pernah merasa sebegini.
jatuh sebegini dalam.
rasa sebegini sayang.
rindu yang tak pernah hilang.

kata yang dahulu aku sekadar ungkapkan
bahawa di setiap fikiran ada kau yang menerawang
bahawa di setiap detik wajah kau yang terbayang
bahawa di setiap rasa kau yang aku inginkan
kini aku benar-benar rasai
aku tak sangka aku akan jatuh sedalam ini
aku tak sangka aku akan merasa sejauh ini
keindahan yang mampu buat aku tersenyum walau hanya dengan mengenang kau
kegembiraan yang mampu menghadirkan cahaya walau hanya bercakap dengan kau
keinginan untuk sentiasa memahat senyuman di wajah kau
semuanya kau

tapi
aku juga tak sangka aku akan merasa sakit sebegini
kesakitan yang tak pernah aku rasai
kekosongan yang tak pernah aku impi
kau hadir dan menghuni di dalam hati
kau hadir dan membuatkan rasa membara di jiwa ini
tapi kau pergi
sedang aku tak mampu untuk mengusir kau dari hati
tapi kau tak menoleh lembali
sedang kau sudah mengisi seluruh jiwa ini
tapi kau tak kan kembali lagi
sedang kau telah beraja di hati ini
dan aku yang masih mengharap kau akan kembali
sedangkan aku tahu itu tak mungkin akan terjadi

kini
aku akan bunuh kembali segala rasa ini
kini
aku akan matikan jiwa aku ini
kerana aku tidak mahu merasa seperti ini lagi
kesakitan yang aku tak mampu untuk tanggung sendiri
biarkan sahaja aku mati
biarkan sahaja aku lenyap dari dunia ini
kerana aku takut aku hanya akan menyakiti senyuman indah di wajah mu nanti

Friday, April 22, 2016

mati..

hanya dengan kata-kata
kau boleh bunuh jiwa
kau boleh bunuh manusia
jadi jaga.

hati aku ini
sudah banyak kali
dihenyak
dipijak
dikoyak
dihiris
dicincang
dicampak
tapi kenapa aku masih dapat merasa?
bila agaknya hati ini akan berhenti merasa?

bila aku sendiri tak mampu untuk percaya
bagaimana aku harus iakan apa yang dia percaya?

Monday, March 28, 2016

rindu..

everyone has something that they attached to.
whether attached to people..
or attached to wealth..
or attached to feeling..
but we really do have something that we attached to.
just bear in your mind.
attached to people they may leave.
attached to wealth it may dissapear.
attached to feeling it may vanish.
but
there is only one thing that if you attached to, it will never leave you.
and you already know the answer right?
it is in your heart..

i will wrap up all my feeling, all my words and keep it away from you.
because i know you never want me as much as i want you.
i can hear you out all day if i have to.
i can be with you all day if you want me to.
but i know it is only me
and you will never do the same even if i beg you to.

aku rindu
senyumanmu
kata kata mu
teguranmu
gurauanmu
gelak tawa mu
pelukanmu
aku rindu kan kamu
kawanku.

aku berdoa dalam sepiku..
moga kau sentiasa dilindungi..
moga kau sentiasa dipelihara..
moga kau sentiasa tenang gembira..
moga kau sentiasa baik-baik sahaja..
kau dekat tetapi terlalu jauh dari aku,,
kau ada tetapi terlalu asing pada aku..
atau
aku yang telah kau lenyapkan dari hidup mu?


conquer & kill..

kau ubah aku dari aku yang dulu..
kau minta untuk aku bukakan segala pintu..
yakin dengan mu..
berubah..
jangan takut,,
tapi sekarang..
kau seakan membenci aku yang kau ciptakan..
kau seakan mejauhi aku yang kau inginkan..
kau seakan tak endahkan segala tentang aku yang kau rekakan..

kau mahu aku berubah kemudian kau bunuh aku..
aku sudah hilang diri aku yang dulu dan aku tidak mengenali diri aku yang baru..
siapa aku??

Thursday, March 24, 2016

aku tak pernah kuat..

aku ingat aku kuat..
datangkan apa sahaja cabaran, hamparkan apa sahaja cubaan, campakkan apa sahaja dugaan..
aku mampu hadapi..

tapi sekarang aku diuji dengan perkara yang paling aku takuti..
dan aku mengaku aku tak pernah kuat..
langsung tak pernah..
sekarang..
tak ada hari yang tak berakhir dengan aku tak perlu menahan kemarahan..
tak ada hari aku yang berakhir tanpa air mata yang tak berguguran..
tak ada hari aku yang berakhir tanpa kesakitan..
tak ada hari aku yang berakhir tanpa ketakutan..
aku tak pernah rasa sesakit ini..
aku tak pernah rasa selemah ini..
aku tak pernah rada setakut ini..
takut yang aku sendiri yang akan berputus asa dan tamatkan semua ini..

Thursday, February 25, 2016

lost



hati aku menderat
jiwa aku merambu
terus melangkah walaupun penat
mencari sesuatu yang hilang dahulu

aku cuba melupakan kisah silam
namun
kisah silam tidak pernah meninggalkan aku
yang terus mengekori bagai bayangku

aku cuba membayangkan masa hadapan
namun
yang terlihat hanyalah sekarang
yang menghadang terus pandangan hatiku

sekarang yang masih dihantui masa silam
sekarang yang masih disaluti kenangan
sekarang yang masih digenggam memori

aku berandaian
mungkin kerana rasa bersalah
menyebabkan aku payah meninggalkan semalam
mungkin

maafkan aku
atas segala khilaf aku dahulu
maafkan aku
atas keegoaan yang membatu
maafkan aku
hanya itu yang aku mampu

Saturday, February 14, 2015

menghitung detik

Ada lagu yang tak mampu aku nyanyikan..
Ada kata yang tak mampu aku ungkapkan..
Ada sendu yang tak mampu aku tangiskan..
Ada rasa yang tak mampu aku hebahkan..
Ada jiwa yang tak mampu aku tenangkan..
Ada aku yang tak mampu aku akukan..

Sulit sekali..
Bingit dalam sepi..
Sesak walau sendiri..
Dan aku masih disini..
Menghitung detik untuk mati..

Sunday, November 9, 2014

lohong..

Kosong
Rasa yang ada disini
Kosong
Walau ramai yang disisi

Sepi
Jiwa yang dihimpit sunyi
Sepi
Walau hingar membingit diri

Dalam ruang yang luas rasa sempit tak terperi
Dalam cahaya yang jelas rasa gelap sekali
Tuhan
ini dugaan Kau untuk aku
aku tahu
tapi berat yang ku rasa ini bagai membunuh jiwa aku
Tuhan
ini dugaan Kau untuk aku
aku tahu
tapi perasaan yang ku rasa ini bagai menyiat dada aku
Sakit pedih perit
Bantu aku Tuhan
Jangan biarkan aku hanyut dalam rasa ini
Bantu aku Tuhan
Jangan biarkan aku lemas dalam rasa ini

Tuhan aku tahu Kau ada
Tuhan aku yakin Kau ada
Tuhan walau sesakit mana jangan biar aku lupa yang Kau ada
Tuhan walau sekecewa mana jangan biar aku menyalahkan Kau yang sentiasa bersama
Tuhan jangan putus asa padaku walau aku sendiri sudah putus asa pada diri ini
Tuhan jangan pernah pergi dari hati ini

jangan..

Jangan
Jangan
Diucap kata cinta
Jika kau tidak benar-benar merasainya

Jangan
Jangan
Diungkap janji setia
Jika kau tidak benar-benar memaksudkannya

Jangan
Jangan
Diminta hati dan jiwa
Jika kau tidak benar-benar menginginkannya

Kerana bagi dia
Tiada istilah seketika
Kerana dalam kamus hidupnya
Tiada perkataan pura-pura

Dia ini cuma insan biasa
Tapi punya cinta yang luar biasa
Jadi jangan dimusnahkan rasa yang ada padanya
Jadi jangan dihancurkan jiwa yang masih percaya

macam dulu-dulu..

Sampai masa kau akan pergi tinggalkan aku
Macam biasa macam dulu-dulu
Macam dulu-dulu

Sampai masa kau akan kata aku punca segalanya
Macam biasa macam dulu-dulu
Macam dulu-dulu

Dan aku yang sentiasa mencuba
Agar cerita lama tidak berulang semula
Hanya mampu menggeleng kepala
Macam biasa macam dulu-dulu
Macam dulu-dulu

Dan aku yang sentiasa keliru akan pengakhirannya
Tercari-cari dimana silapnya
Macam biasa macam dulu-dulu
Macam dulu-dulu

Aku penat
Aku letih
Untuk merasa semuanya semula
Berulang kali
Tapi aku tidak mampu mengubah diri aku
Yang macam biasa
Dan yang macam dulu-dulu
Macam dulu-dulu

aku sudah biasa..

Bila-bila masa kau sudah bosan dengan aku
kau akan pergi
Bila-bila masa kau sudah tidak perlukan aku
kau akan pergi
Kau datang dan pergi sesuka hati
Tidak mengapa aku tidak marah
Kau pergi sahaja
Aku sudah biasa
Aku ok, aku masih mampu mengukir senyum dimuka
Aku ok, aku masih mampu berdiri tegak semula
Cuma
Ada parut lama yang kembali berdarah semula
Tapi
Tidak mengapa aku tidak marah
Kau pergi sahaja
Kerana aku sudah biasa

Monday, September 1, 2014

kamu

kamu kata aku banyak merungut..
tapi tahukah kamu hanya itu sahaja caranya untuk aku luahkan padamu kerisauan yang bersarang di dadaku?

kamu kata aku tidak bersyukur..
tapi tahukah kamu yang aku cuma mahu mencari kebahagiaan dalam apa yang aku lakukan?

sedarkah kamu..
aku tak perlukan duit yang banyak..
aku tak mahukan kerja yang gah..
aku tak inginkan hidup yang mewah..
aku tak pedulikan semua itu..
aku cuma mahu menjadi aku..

kenalkah kamu akan aku?
pedulikah kamu siapa aku?

sedarkah kamu..
disaat kamu menuding jari perihal mereka..
setiap satunya aku buat juga..
setiap satunya keinginan aku juga..
setiap satunya wujud dalam diri aku juga..

dari dahulu aku cuba luahkan..
tapi setiap kali itu kamu akan kata cuba dulu..
dan bila itu arahan dari kamu apa lagi yang aku mampu..

dan kamu akan saksikan hari ini..
aku bunuh rasa aku ini..
aku bunuh jiwa aku ini..

dan kamu akan saksikan selepas ini..
tiada kata dari aku lagi..
hanya suara bisu..
macam dulu..
macam dulu-dulu..

biar semuanya aku simpan sendiri..
biar sakitnya aku ubati sendiri..
biar kecewanya aku pendam dihati..
kamu tak perlu tahu
kerana kamu tak mahu tahu..

hari ini
hari aku mati..

Saturday, August 30, 2014

senyumanmu

senyumanmu,
walau bukan untuk aku,
tapi bagai graviti yang menarik hati aku.

senyumanmu,
walau bukan untuk aku,
tapi mampu menghanyutkan aku ke tempat yang aku pun tidak tahu.

senyumanmu,
walau bukan untuk aku,
tapi bisa membuatkan aku turut tersenyum.

senyumanmu,
walau bukan untuk aku,
tapi tetap akan membuat aku diam terpaku memandangmu.

jadi,
berhenti tersenyum di depan aku,
kerana aku takut akan terus hanyut dalam gravitimu,
kerana aku sedar senyumanmu bukan untuk aku.

p/s: antara kita tiada langsung momen bersama tapi pabila kau berada di depan mata, mampu membuat aku tersenyum secara tiba-tiba..oh tidak bukan hanya di depan mata tapi pabila kau muncul di minda, aku mampu tersenyum hingga ke telinga..

Friday, August 29, 2014

ini jodoh

idea daripada --> Ini jodoh, bodoh - Wani Ardy.

yang dicincinkan itu jari
yang dirantaikan itu leher
yang digelangkan itu tangan
bukan nyawa
bukan hati

dia punya kaki
dia punya hati
bila-bila masa dia ingin pergi
dia akan pergi

tapi
kita punya Tuhan
pemilik setiap kaki
pemegang seluruh hati
maka
disetiap ketika kau rasa curiga
disetiap ketika timbul rasa kecewa
tadah padaNya
mohon agar ditetapkan hati dia
mohon agar dihentikan langkah kaki dia
hanya pada kita
hanya untuk kita
juga agar ditetapkan hati kita
juga agar dihentikan langkah kaki kita
hanya pada dia
hanya untuk dia

Tuesday, August 12, 2014

jangan paksa aku

Jangan jangan paksa aku untuk pergi
Jangan jangan paksa aku untuk teruskan langkah kaki
Kerana aku sendiri tak pasti mengapa aku masih disini
Kerana aku sendiri tak pasti apa yang aku nanti

Mungkin hati aku belum cukup ranap lagi
Mungkin luka aku belum cukup parah lagi
Mungkin jiwa aku belum mati lagi

Jadi jangan paksa aku untuk pergi
Kerana aku masih berpegang pada janji
Yang sudah tidak kau peduli

Sunday, March 30, 2014

jendela

kau datang
kau ketuk pintu hatiku
mohon untuk masuk

aku kata nanti dulu
aku tidak kenali kamu
takut untuk ku bukakan pintu

kau bilang tak mengapa
hanya satu kau pinta
agar aku temani kau berbual di jendela

masa silih berganti
kau akan datang
kita berbual bersama
biarpun sekadar di tepi jendela
tapi kau tak pernah lelah
kau tak pernah mahu mengalah

walau kekadang hujan melanda
walau kekadang aku malas menjengah di jendela
tapi kau pasti kembali
membawa cerita-cerita indah untuk aku
memberi khabar-khabar baru buat aku

tapi kali ini
kau pergi agak lama
diam kamu tanpa bicara
kini
kau tidak lagi berkunjung di jendela
disaat aku mula yakin padamu dan ingin ku bukakan pintu itu
disaat aku ingin menjemput kau ke dalam hatiku
kau sudah tiada
dan aku
hanya mampu menanti di jendela

Monday, October 28, 2013

hey kamu

hey kamu
mari mampir padaku
aku mahu khabarkan sesuatu
tapi kamu janji dahulu

dapatkah kiranya
untuk kamu tadahkan telinga
dan dengar tanpa prasangka?

mahukah kiranya
untuk kamu lihat apa sahaja
yang bakal aku bentangkan di hadapan mata?

bisakah kiranya
untuk kamu merasa
seperti apa yang aku rasa di dalam jiwa?

aku mahu kamu dengar aku
aku mahu kamu lihat aku
aku mahu kamu rasa aku
tapi kamu harus janji dahulu

Sunday, October 13, 2013

jerangkung dalam almari..

setiap orang ada jerangkung di dalam almari mereka..
termasuklah aku..
tapi bagi aku..
terlalu banyak jerangkung di dalam almari aku..
sehinggakan pabila pintunya aku buka pasti aku akan menoleh ke belakang untuk pastikan tiada siapa bersama..
terlalu gelap di dalamnya..
terlalu hitam rahsianya..

aku pernah cuba bukakan pada mereka yang aku panggil kawan kononnya..
itu pun hanya sekilas pandang sahaja..
tapi sia-sia..
didepan aku memang mereka masih mampu tersenyum dan berlakon seperti tiada apa..
tapi..
pabila aku berpaling, sinis mereka berkata..
tidak mereka sangka aku sebegitu rupa..

sejak dari itu..
aku kunci kemas almari aku..
aku palangkan setiap pintu..
janji aku..
pintu itu tidak akan aku buka dan siapa pun tidak perlu tahu..

namun..
makin hari berganti usia..
almari itu makin usang binaannya..
mungkin tak mampu menampung lagi segala yang ada..
semuanya tidak pernah berkurang tapi makin bertambah seiring masa..
dan relung hati aku kerap bertanya..
adakah akan tiba seorang manusia..
yang dapat aku bukakan almari ini seluasnya..
tanpa menghakimi..
tanpa mengadili..
melihat dengan setulus-tulus mata hati..
mendengar tanpa ada rasa sangsi..
menyelusuri masa silam aku tanpa ingin mengeji..
mengetahui keinginan aku tanpa caci maki..
menerima aku seadanya diri ini..
tidak pernah cuba untuk menjauhkan diri..
dan pabila aku bertanya..
apa berubahkah pandangan kau pada aku selepas kau melihat jerangkung di dalam almari ini?
adakah kau masih sudi berdiri seiring denganku disini?
mahukah kau menghulurkan tanganmu di saat jerangkung itu datang menghantui?

dan kau akan memandang tepat ke dalam mataku sambil berkata..
tidak..
aku tidak akan pergi..
aku masih mahu menemani kamu sampai mati..
aku takkan pernah lelah menghulur tangan padamu walau apa pun terjadi..
aku sentiasa mahu ada di sini walau sehitam dan segelap mana pun ini..
kerana kita manusia..kita hanya manusia..

p/s:aku telah binakan sebuah tembok di dalam hati aku..tembok untuk menutupi segala kerisauan, melindungi segala kelemahan..semakin hari tembok itu semakin besar..dan hati aku semakin perit untuk menampungnya..
aku tidak perlukan orang lain untuk melukai hati aku kerana aku telah melukainya sendiri..akan tibakah waktu untuk aku robohkan tembok dan sembuhkan luka itu?