
Sinopsis Gadoh:
Gadoh menceritakan tentang sekumpulan remaja yang hanya berkawan mengikut bangsa mereka dan bergaduh dengan bangsa lain..
Ini disebabkan persekitaran tempat mereka membesar dan juga sistem sekolah yang menyebabkan berlaku perbezaan antara bangsa-bangsa yang ada..
Jadi untuk meyelesaikan masalah ini dan memulihkan nama sekolah, seorang cikgu mencadangkan supaya ditubuhkan kelab teater dan pementasan kelab ini akan diadakan dihadapan pegawai dari jabatan pendidikan..
Filem yang berdurasi 70 minit ini diarah oleh Brenda Danker dan juga Namron..Jika kamu tidak kenal Namron, dialah yang berlakon sebagai hero dalam cerita Paloh..Filem yang bertajuk
Gadoh ini tidak mendapat kelulusan untuk ditayangkan di pawagam..Benar..mungkin ada pihak yang terasa kerana itu ia tidak diluluskan..
Tapi bagi aku cerita ini sangat jujur..Cerita ini lagi berbaloi untuk ditonton daripada kita menonton filem-filem air mata, dan filem-filem yang dikatakan mahu mengetengahkan gejala sosial..
Ya, mungkin jalan cerita ini agak panas dan bahasa-bahasa yang dituturkan agak kasar dan bersifat sangat perkauman..
Tetapi, ini lebih baik daripada cerita-cerita yang memaparkan wanita-wanita seksi dan adegan-adegan panas..
Bukan aku hendak membenarkan atau membiarkan penggunaan bahasa kasar dalam kehidupan seharian tapi jika ditonton sehingga tamat banyak pengajaran yang kita dapat..
Ramai yang melatah apabila menonton cerita ini..Cerita berunsur perkauman lah, menggalakkan permusuhan lah dan macam-macam lagi..Tonton dulu cerita ini sampai habis..Pengakhirannya
lebih indah daripada cerita-cerita yang ada..Dan mungkin kerana pengakhirannya itulah yang menyebabkan cerita ini tidak diluluskan..
Bagi aku, cerita sebegini lah yang sepatutnya ditayangkan kepada orang ramai..Jika ada yang terasa, bagus..Ubah lah apa yang patut..Sampai bila kita hendak berpura-pura
mengatakan segalanya baik sedangkan di dalamnya pincang..Dan bagi aku pembikin-pembikin filem seperti ini lah yang harus dibanggakan kerana mereka membikin cerita untuk kita
berfikir, cerita untuk kita menilai diri kita dan cerita untuk kita berubah..
No comments:
Post a Comment