Sunday, October 17, 2010

Nota dari seorang yang emosi

aku selalu keliru
dengan manusia

bila kurang berkata
katanya ada masalah
bila kurang senyum
katanya sedang amarah
bila ditanya pada aku
dan aku menjawab tanpa rasa
katanya aku selalu beremosi padanya

apa aku harus gembira di hadapan mereka sentiasa??
setiap kali berbicara harus gelak dan ketawa??
aku tidak dibenarkan menyimpan langsung tawa..
mengapa??

aku juga mahu jadi seperti biasa
ada masa gembira
ada masa diam sahaja
ada masa serius terpapar di muka
aku bukan pak lawak yang harus 24 jam ketawa

dan memang
kadang kala
aku tidak berjaya melindungi emosi aku
aku emosi pabila aku tidak dapat menjadi diri aku
aku emosi pabila dikatakan aku yang bukan aku
aku emosi pabila aku emosi..
mungkin memang benar..
kata mereka
aku seorang yang emosi..

No comments: