Friday, August 6, 2010

kawan

aku tidak faham maksud kawan
bagi aku
berkawan hanya kerana kita tidak betah bersendirian
aku tidak akan memberikan hati aku pada mereka yang bergelar kawan
bagi aku
mereka mampu menggenggam hancur hati ini dengan berbagai alasan
tapi itu semua
dulu..

sekarang
kamu minta sajalah hati aku
pasti akan ku berikan tanpa sebarang ragu
dan
berikan pada aku
hati-hati kamu
akan aku simpan cermat dalam pelukanku

kita jadi kawan
kadang kala lawan
ada masa jadi bahan

kita tetap jadi kawan
bila kita gembira bergurauan
bila kita masam bersengketaan
bila kita tangis berhamburan

kita terus jadi kawan
walau kita berlainan
walau kita berjauhan
walau kita berasingan

andai seluruh dunia menidakkan kamu
datang padaku akan aku ubati kecewamu
andai seluruh dunia memijak hati kamu
mampir padaku akan aku ubati sakitmu
andai tiada siapa mendengar luahan kamu
dekat padaku akan aku tadahkan telinga aku setia menemanimu
andai aku yang menidak, memijak dan pekak pada kamu
sedarkan aku bahawa aku memegang hati kamu

walau apa pun terjadi
aku mahu terus merasa nikmat ini
walau apa pun yang aku lalui
aku mahu terus memegang baik-baik hati-hati ini

hati aku pada kamu
jagalah sebaiknya
hati kamu pada aku
akan aku pelihara sepenuhnya

padaMu Tuhan
terima kaseh atas kurniaMu
terima kaseh dibukakan mataku
untuk merasa nikmat yang istimewa ini

No comments: