Wednesday, April 7, 2010

berharap..


kau selalu terlihat dia..
dia nampak tidak bermaya..
lalu terdetik sang jiwa..
Tuhan, ringan kan bebannya..
mudahkan urusannya..

hari demi hari berlalu..
kau ternampak dia semula..
masih begitu juga keadaannya..

hati kau berkata..
mungkin harapku tak sampai pada Yang Maha Esa..
mungkin aku tak semulia yang dimakbul doanya..
namun kau masih yakin berkata..
Tuhan, andai aku bukan mereka yang Kau mudah makbulkan doanya..
aku mohon Kau bukakan pintu hati mereka agar bermohon untuk si dia..

tapi segalanya maseh begitu sahaja..
dia tetap begitu juga..
dan kau mula tertanya..
apa sebenarnya??
dan mengapa??

ah, kau benar-benar hampir lupa..
mungkin ini dugaan Tuhan pada si dia..
mungkin itu bahagian dia..
kau mungkin telah berusaha..
tapi tidak semuanya nampak terang melalui mata..
ada yang tersirat disebalik semua cerita..
dan Tuhan Yang Maha Mengetahui segala-galanya..
jadi serahkan segalanya pada Yang Maha Kuasa..

p/s: adakala kita sudah berusaha sehabis daya..mencuba tanpa lelah dijiwa..
tapi tiada apa hasilnya..jangan sesekali lupa..semuanya ada sebabnya..
jangan berhenti berharap dengan Pencipta kita..sekali pun JANGAN!!

No comments: