Wednesday, October 28, 2009
sepi itu indah..
sepi itu indah??
benarkah??
kau sepi
dan kau kata ianya perasaan yang enak??
tiada siapa yang tahan dengan kesepian..
kerana apa kau mengatakan sepi itu indah??
benar..
ramai yang tidak betah pabila sepi..
ramai yang runsing bila bersendiri..
ramai yang rasa diri mereka kalah bila tidak ditemani..
tapi
pernahkah kita terfikir..
bila sepi..
kita belajar mengenali diri..
mengetahui apa yang kita inginkan..
mengetahui apa yang kita perlukan..
menyesali sebuah kehilangan..
dan menjadi seorang yang lebih menghargai..
walau hanya menghargai diri..
bila sepi..
kita dapat berfikir dengan tenang..
melihat dengan terang..
bila sepi..
kita mula rindukan Tuhan..
kita mula hampirkan diri denganNya..
mula menyedari Dia sentiasa ada..
itu makna sepi bagi aku..
kerana itu aku mengatakan..
sepi itu indah..
ya, ada yang mengatakan
hanya dalam perhubungan kita dapat mengenal diri kita..
ini tidak aku nafikan..
tapi aku rasa..
saat kita paling jujur..
adalah saat kita dengan diri kita..
dan juga dengan pencipta kita..
kerna Dia sentiasa ada dengan kita..
walaupun kadang kala kita lupa..
haha..
mungkin ada yang akan kata aku gila..
masih mahu menegakkan bahawa sepi itu indah..
mungkin benar..
sepi itu indah..
bagi aku sekurang-kurangnya..
perhubungan memang perlu untuk mengenal diri..
kekuatan dan kelemahan..
belajar memberi dan menerima..
tapi..
sepi juga perlu untuk muhasabah diri..
jika tidak..
untuk apa rasa itu dicipta oleh Yang Maha Kuasa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment