Saturday, May 18, 2013

Karutan untuk kamu

bila aku bermimpi..
kamu yang akan hadir di dalam mimpi aku..

bila aku berangan..
kamu yang akan berada dalam anganan aku..

bila aku terfikirkan kamu..
tanpa diduga nama kamu yang tiba-tiba diucapkan mereka..
tanpa disangka kamu yang berdiri diseberang sana..

apa maknanya ini?
kamu sudah lama pergi
kisah kita sudah lama mati
tapi
mengapa mesti kamu yang aku ingati?
mengapa mesti aku diberi petanda begini?

mereka kata itu suratan..
sudahlah
cukuplah
hentikanlah dari memaku harapan palsu pada aku..
aku takkan percaya lagi..
kerana kamu adalah mimpi ngeri..
yang hadir sekadar untuk berlalu pergi..
tapi sempat menghiris luka di hati ini..

No comments: