Tuesday, February 12, 2013

Teka-teki

ada sesuatu yang selalu bermain di fikiran aku..
tentang perasaan antara manusia..
aku ingin bertanya..
jika kamu ada seseorang yang sangat kamu cinta,
yang amat kamu kasih,
yang terlalu kamu sayangi,
seseorang yang sanggup menghadapi apa jua rintangan bersama kamu,
demi seseorang itu,
adakah kamu sanggup menempuhi apa jua cabaran dengan sepenuh hati kamu tanpa berputus asa?

jika kamu tahu apa yang ada dihati kamu,
jika kamu tahu apa yang penting bagi kamu,
jadi mungkin kamu sudah ada jawapannya
kerana ia akan terjawab dengan sendirinya..
jadi jika kamu sudah ada jawapannya,
kamu hanya perlu beranikan diri kamu dan berlawan untuk itu..

tapi bagaimana pula jika orang yang kamu cintai,
kasihi dan sayangi itu telah mempunyai orang lain?
orang yang sangat dia cintai, kasihi dan sayangi?
adakah kamu sanggup memisahkan mereka demi cinta kamu itu?

harus kamu ingat ikatan hati antara mereka bukan mudah untuk dileraikan..
dan walaupun kamu berjaya untuk memisahkan mereka,
kamu harus tahu bahawa,
jika seseorang kehilangan orang yang amat mereka sayangi, mereka hanya ibarat cengkerang yang sudah hilang isinya..
memaksa mereka untuk berada di sisi kamu, adakah kamu akan bahagia?
dan jika kamu tidak peduli semua itu,
jika kamu benar-benar tidak peduli yang ada di sisi kamu hanya cengkerang sahaja..
kamu harus ingat itu semua hanya akan menyeksa dia dan kamu juga..
------------------------------------------------------------
if u harm others, u will harm urself eventually..
------------------------------------------------------------
when u fall in love with someone who belongs to someone else,
acknowledging the reality is painful..
the more u know how much they love each other,
the more pain u have..
and it will be more painful if u choose to be an intervener..
u have to keep every feeling inside..
the only thing u can do
is waiting to be seen that u're right here..
just waiting..
----------------------------------------------------------------------------
perhaps, we met at the wrong time and it's me who hurts..
----------------------------------------------------------------------------

No comments: