Sunday, October 13, 2013

jerangkung dalam almari..

setiap orang ada jerangkung di dalam almari mereka..
termasuklah aku..
tapi bagi aku..
terlalu banyak jerangkung di dalam almari aku..
sehinggakan pabila pintunya aku buka pasti aku akan menoleh ke belakang untuk pastikan tiada siapa bersama..
terlalu gelap di dalamnya..
terlalu hitam rahsianya..

aku pernah cuba bukakan pada mereka yang aku panggil kawan kononnya..
itu pun hanya sekilas pandang sahaja..
tapi sia-sia..
didepan aku memang mereka masih mampu tersenyum dan berlakon seperti tiada apa..
tapi..
pabila aku berpaling, sinis mereka berkata..
tidak mereka sangka aku sebegitu rupa..

sejak dari itu..
aku kunci kemas almari aku..
aku palangkan setiap pintu..
janji aku..
pintu itu tidak akan aku buka dan siapa pun tidak perlu tahu..

namun..
makin hari berganti usia..
almari itu makin usang binaannya..
mungkin tak mampu menampung lagi segala yang ada..
semuanya tidak pernah berkurang tapi makin bertambah seiring masa..
dan relung hati aku kerap bertanya..
adakah akan tiba seorang manusia..
yang dapat aku bukakan almari ini seluasnya..
tanpa menghakimi..
tanpa mengadili..
melihat dengan setulus-tulus mata hati..
mendengar tanpa ada rasa sangsi..
menyelusuri masa silam aku tanpa ingin mengeji..
mengetahui keinginan aku tanpa caci maki..
menerima aku seadanya diri ini..
tidak pernah cuba untuk menjauhkan diri..
dan pabila aku bertanya..
apa berubahkah pandangan kau pada aku selepas kau melihat jerangkung di dalam almari ini?
adakah kau masih sudi berdiri seiring denganku disini?
mahukah kau menghulurkan tanganmu di saat jerangkung itu datang menghantui?

dan kau akan memandang tepat ke dalam mataku sambil berkata..
tidak..
aku tidak akan pergi..
aku masih mahu menemani kamu sampai mati..
aku takkan pernah lelah menghulur tangan padamu walau apa pun terjadi..
aku sentiasa mahu ada di sini walau sehitam dan segelap mana pun ini..
kerana kita manusia..kita hanya manusia..

p/s:aku telah binakan sebuah tembok di dalam hati aku..tembok untuk menutupi segala kerisauan, melindungi segala kelemahan..semakin hari tembok itu semakin besar..dan hati aku semakin perit untuk menampungnya..
aku tidak perlukan orang lain untuk melukai hati aku kerana aku telah melukainya sendiri..akan tibakah waktu untuk aku robohkan tembok dan sembuhkan luka itu?

No comments: