Wednesday, September 2, 2009

cinta 3 musim


aku tonton cerita cinta 3 musim ni semasa aku masih di bangku sekolah rendah lagi..
cerita ni versi vcd..aku rasa ia tidak ditayangkan di panggung pun..
sama lah seperti drama korea atau jepun yang ada sekarang ni..
dan aku rasa cerita ni la drama malaysia pertama yang aku pernah tengok yang cuba menggunakan idea-idea seperti drama-drama
dari jepun atau korea..
itu yang menarik tentang cerita ni..
dalam cerita ni hero nya adalah aqasha dan heroin nya adalah amy mastura..
aku siap mintak ibu bapa aku beli vcd cerita ni lengkap lagi daripada mula sampai akhir..kira satu set la..
haha..
aku pun tidak tahu mengapa aku suka tengok cerita ni..
biasa lah budak-budak lagi masa tu..
mungkin kerana ada amy mastura..dulu aku minat tengok dia berlakon..
macam cerita puteri impian tu..
sekarang bukan tidak minat tapi biasa-biasa sahaja..haha..
dan mungkin masa itu, aku masih lagi minat men0nt0n cerita-cerita yang berkisar tentang percintaan..haha
cerita ni dah nama pun kisah cinta pasti lah tentang cinta yang dihalang dan pengakhirannya pasti semua sudah tahu kan?
hero tidak akan kalah..cinta pasti bersatu..
cerita ni siap ada lagu tema lagi..aqasha nyanyi berduet bersama amy mastura..
tajuk lagunya tiada ragu..
ni lirik lagu tu:

[Amy Mastura]
Kau masih dihati
Bagai pelangi yang menerangi

[Aqasha]
Ku masih menanti kasih
Kabuskan pasti pergi

[Amy Mastura]
Dan bermusim warna cinta
Tak ku sampai tiada jua tercapai
Dalam lara tiadalah ku sedar
Di pinggir masa

[Chorus]
[Amy Mastura]
Oh.. kekasih
Engkau satunya
Tak mungkin berubah cintaku
Hati teruja
Biar ku rebah rela berduka
Asal indah bersamamu
Selama-lamanya

[Aqasha]
Ku terima semua
Kerna kau ada di dalam jiwa

[Amy Mastura]
Telah ku cuba
Tak terdaya
Semakin dalam kasih membakar rasa

[Aqasha]
Ohh.. daku jua
Gelora jiwa
Seringkali terduga

[Amy Mastura & Aqasha]
Oh.. kekasih [kekasih]
Engkau satunya [engkau satunya]
Tak mungkin berubah cintaku
Hati teruja
Biar ku rebah [biar ku rebah]
Rela berduka [rela berduka]
Asal indah bersamamu selamanya ohhhh...

Oh kekasih
Engkaulah satu
Bersama mengukir janji di awan biru
Biarkan musim
Biar berlalu
Agar seri kasihmu tak ragu dan rapuh
Tiada ku ragu

p/s : biar berapa musim pun kita bercinta, andai dia bukan jodoh kita, kita tetap tidak akan dapat bersamanya..
tapi rasanya tidak salah untuk berusaha dengan berdoa dan kemudian redha..
yang penting kena ingat rasa itu milik Tuhan, jadi mintalah dengan Tuhan..

1 comment:

Syafiq said...

Salam,ad lg x vcd cter nie..