Thursday, November 3, 2011

untuk apa kamu datang?

entah mengapa
di saat aku benar-benar tekad mahu melupakan kamu
kamu akan hadir dalam mimpi ku
di saat aku benar-benar mahu melepaskan kamu
kamu akan hadir dalam mimpi ku
di saat aku benar-benar mahu memulakan cerita baru
kamu akan hadir dalam mimpi ku

kamu datang
sebagai teman
yang membuat aku tertawa kegembiraan
dalam mimpi ku

kamu datang
dengan senyuman
yang membuat aku tenang dan nyaman
dalam mimpi ku

dan kini
kamu datang lagi
tapi kali ini
kamu menunggu aku di perhentian itu
tergamam aku saat melangkah turun dan melihat kamu ada dihadapan aku
menanti aku

kamu kelihatan tenang
sentiasa tenang
seperti biasa
dan aku hanya mampu tersenyum
menyembunyi debar di jiwa
dan harapan itu mekar semula
dan rasa itu kembali menyala baranya

tapi
ironinya
walau dalam mimpi aku tetap bukan pilihan kamu
dan walau dalam mimpi aku dapat rasakan kepedihan itu
dan walau dalam mimpi aku tak dapat lindungi kekecewaan itu
yang aku bukan pilihan kamu
tidak pernah
takkan pernah

jadi
untuk apa kamu datang?
untuk apa kamu selalu datang?
mengapa tak di biar kan sahaja rasa itu terpadam?
mengapa tak di biar harapan itu terus karam?
untuk apa kamu datang?

No comments: