Monday, September 5, 2011

sebab mudah yang susah..

bertahun aku berfikir
puas aku mencari
sebab
mengapa sukar aku melupakan kamu
terlalu sukar
teramat sukar

kamu sentiasa berada diingatanku
kamu sentiasa berada didalam minda ku
setiap detik hidupku ada kamu
setiap hembus nafasku ada kamu
sehingga aku merasa kamu adalah bayangku
sehingga aku benar-benar percaya bahawa aku masih cintakan kamu
ah, itu tidak benar
aku tahu itu tidak benar
mana mungkin ini dinamakan cinta

dan kini
aku tahu mengapa
mengapa aku selalu mengingat kamu
mengapa kamu selalu berada di fikiran aku
aish!mengapa daripada dulu tidak ku sedar
huh!mengapa daripada dulu aku tak perasan

sebab yang amat mudah
sebab yang amat-amat remeh
kerana kamu adalah password ku
dan mana mungkin aku dapat menghapuskan kamu jika aku tidak dapat menghapuskan password ku
demmit!


p/s : lain kali kalau bercinta pun, tak payah la nak tunjuk sweet sgt sampai password pun nk set kn ade kne mengena ngan dia..

No comments: