Saturday, February 19, 2011

Gokusen the movie

cerita ni agak cliche mcm gokusen1, 2 dan 3. Seorang pewaris geng yakuza yang menjadi cekgu dan sering mendapat pelajar-pelajar yang teruk dan samseng di dalam kelas die.
Pastu die cuba nak memahami dan merapatkan diri die dengan pelajar-pelajar die.
Di samping itu, die membantu pelajar-pelajar die dengan masalah mereka masing-masing..
Daripada gokusen 1 sampai ke movie die same je plot cerita die. Haha.
Tapi aku suka layan gokusen the movie ni bila aku tengah gelabah dan risau pasal masa depan aku.


Hakikatnya, aku memang selalu menonton drama dan filem terutamanya dari jepun bila aku sedang beremosi.
Bila aku tengah sedih, aku akan tonton cerita sedih dan mungkin aku akan menangis.
Bila aku tengah hilang semangat atau kecewa, aku akan tonton cerita yang mampu memotivasikan aku.
Bila aku sedang resah dan gelabah, aku akan tonton cerita yang mampu tenangkan aku.
Banyak yang aku belajar daripada cerita-cerita yang sudah aku tonton.
Begitu juga, gokusen the movie ni.


Aku tertarik dengan salah satu watak dalam cerita ni. Watak Odagiri Ryo. Bukan sebab die kacak atau bergaya tapi sebab aku terasa dekat dengan watak tu. Dalam cerita ni, odagiri ada masalah di mana die tidak tahu apa yang die cari.
Bila die tamatkan pengajian, die jadi gelabah sebab die maseh tidak tahu apa yang die mahu dalam hidup die. Dan bila die gelabah, die ingat kata-kata cekgu die.
"Kadang-kadang kita tidak tahu apa yang kita mahu dan kadang-kadang kita gagal dalam apa yang kita lakukan tapi jangan sekali-kali takut untuk bangun dan bermula semula".
"don't give up". "it's ok to fail".
Kata-kata itu lah yang menyebabkan odagiri ni tak putus asa dan cari apa yang die mahu.


Sama macam aku, bila aku habis belajar aku pon mula gelabah.
Selama ni aku hanya perlu belajar apa sahaja yang ada dalam syllabus, tak payah fikir, buat sahaja.
Tapi bila dah habis belajar ni aku mula terfikir apa sebenarnya yang aku hendak sekarang.
Hanya aku yang akan tentukan apa yang aku akan lakukan selepas ni tapi aku sendiri tak tahu.
Mahu tak gelabah aku.
Sebab itu aku suka cerita ni. Ingatkan aku jangan mengalah. Ingatkan aku jangan takut.
Mungkin sekarang aku tak jumpa lagi tapi aku akan terus mencari.


"It's ok for me to fail but i will never give up".

No comments: