Monday, January 17, 2011

tewas lagi

malam ini aku tak mampu lena.
malam ini ada tangis di jiwa.
seluruh dunia saksikanlah.
malam ini aku tewas lagi.


sekali lagi aku terlambat.
sekali lagi aku tersungkur.
seluruh dunia saksikanlah.
sekali lagi aku seperti manusia bodoh yang tewas kerana terlewat.


aku ingat aku kuat.
aku ingat aku hebat.
pengalaman dahulu membuatkan aku begitu berhati-hati.
segala langkah aku atur teliti.
segala rasa aku simpan rapi.
sehinggakan
aku yakin walau apa terjadi
air mata ini tidak akan mengalir lagi.
aku yakin walau apa terjadi
hati ini tidak akan luka lagi.
aku yakin walau apa terjadi
sakit itu tidak akan kurasakan lagi.


tapi aku silap.
aku tidak pernah kuat.
aku tidak pernah hebat.


dan kini aku tewas
sekali lagi.
aku bodoh bila mana aku terlalu percaya.
aku bodoh bila mana aku terlalu leka.
aku bodoh bila mana aku lewat seperti dahulunya.
aku bodoh kerana aku tewas atas sebab yang sama.


dan kini aku rasa pedih
sekali lagi.
dan kini aku rasa sakit
sekali lagi.
walau aku cuba nafikan.
namun hati di dalam tidak mampu berdusta.


tewas sekali lagi
menyedarkan bahawa
aku tidak pernah kuat.
langsung tidak pernah.
dan aku sudah penat.

No comments: