bila bercakap tentang aku
apa yang aku yakin
aku seorang yang cepat gelabah
mungkin selama ini aku berjaya sembunyikan
kawan-kawan aku kata aku selalu tenang
apa yang jadi pun aku tenang
sebenarnya
aku lah yang paling cepat gelabah
bila ada benda yang tidak jadi seperti yang aku sudah rancang
aku akan gelabah
bila aku tengok orang lain semua buat apa yang aku belum buat
aku akan gelabah
cepat sangat gelabah
padahal kadang kala perkara remeh
contoh terbaru
baru-baru ini
aku baru habis belajar
aku tengok kawan-kawan aku semua sudah ada perancangan
sudah tahu apa yang ingin dilakukan
sudah mula melangkah untuk maju dalam kehidupan
tapi aku
langsung tiada perancangan
dan lebih parah lagi aku tidak tahu apa yang aku inginkan
terus aku gelabah
sangat gelabah
tapi
dalam kegelabahan aku
aku terfikir
aku kena buat macam selalu yang aku buat bila aku gelabah
aku harus tenang
aku perlu tenang
ini hidup aku
dan hidup aku tidak sama dengan hidup mereka
dan aku perlu tenang
dan aku perlu fikir
kehidupan aku sekarang sudah tidak sama seperti masa belajar
dahulu ada "deadline"
ada tempoh untuk pengajian
dan dalam tempoh itu hanya pengajian yang perlu dikisahkan
tapi sekarang hanya ada kehidupan
hingga ke penghujungnya
jadi aku tidak perlu terburu-buru
mungkin sekarang aku tidak tahu apa yang aku mahu
esok lusa siapa yang tahu?
bila fikir begitu
aku mula tenang
fikiran mula terang
walau masih belum jumpa apa yang aku inginkan
walau masih belum aku temui jalan
aku tenang
yang penting sekarang
aku perlu melangkah mencari
aku perlu terus mencuba
biarpun perlahan
biarpun tidak aku tahu bila kesudahan
yang penting
aku masih berjalan
No comments:
Post a Comment