hidup ini bukan mudah
hidup ini tidak selalu indah
hidup ini kadang kala parah
setiap masa ada yang terluka
setiap masa ada yang berduka
setiap masa ada yang masih mencuba
mencuba untuk bangkit setelah tersungkur kecewa
mencuba untuk menghapus kesakitan yang dirasa
mencuba untuk kembali berjalan walau masih sesak di dada
ada yang mengambil masa yang lama
ada yang hanya seketika
masa yang diambil untuk bermula semula
kerana kita semua berbeza
jadi jangan gundah gulana
ambil masamu dan tenang kan rasa
kita berhenti bukan kerana kita kecewa
kita berhenti bukan kerana kita sudah lelah mencuba
bukan juga untuk menangisi kekecewaan yang di rasa
kita berhenti untuk menilai diri kita
kita berhenti untuk melihat apa yang kita ada
kita berhenti untuk mengemaskan semula langkah kita
kita berhenti untuk kembali mencuba dengan jiwa yang membara
tiada salahnya untuk berhenti seketika
andai kau tidak lupa untuk melangkah semula
p/s: terima kaseh kepada kak zahrah yang mengingatkan aku bahwa tiada salahnya untuk
pause sekejap dalam dunia yang perlu struggle sentiasa..pause bukan bererti stop kan..
No comments:
Post a Comment