menjadi gadis itu memenatkan
menjadi gadis itu merimaskan
satu kerja berat yang amat2 membeban
apatah lagi menjadi gadis yang sendirian
keterlaluan berani akan dikeji
keterlaluan menangis akan dimaki
perlu gagah dan tak reti tewas
perlu kuat dihenyak dicantas
si gadis menelefonku malam itu
teresak mencerita jiwa luluh
dihiris bahasa tajam dari hulu
si gadis tiada daya menutur
lalu aku membalas
bukan tugasmu memuas
manusia berbeza minda
tak akan sama
si gadis terus meluah hasrat hati
kelakuan nya salah serba serbi
semakin keliru dengan mahu diri
si gadis soal bagaimana lagi
lalu aku berkata
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna pada manusia?
kita gadis memang sering menyongsang rasa
mana cinta mana rasa mana dia
dengan ini sabarkan dahulu
simpankan air jiwa kamu hanya di jiwa itu
lalu aku berkata
biar nalurimu beraja
mana hujung sempurna pada manusia
perlu gagah
usah goyah
perlu bangkit
dan menyanyi
ayuh gadis berhentilah kau menangis..
p/s: mana hujung sempurna pada manusia??aku tidak sempurna..kamu juga tidak sempurna..jadi jangan mengharapkan kesempurnaan..
credit to --> whoever owns this video..Thanxx a lot..
No comments:
Post a Comment