Sunday, March 21, 2010

jujur


kau dengar dia bercerita..
adakah itu bermakna kau percaya??
kau iyakan segala bicaranya..
adakah itu anggukan percaya??
kau ketawa bila dia berjenaka..
adakah itu tanda kau percaya??

banyak yang dipelajari..
sepanjang diberi peluang bernafas di muka bumi..
banyak yang ditempuhi..

pengalaman mengeraskan hati..
tapi melemahkan jiwa..

rindu masa kecil..
tiada rasa curiga bersarang..
tiada tipu helah yang dirancang..
hanya ada masa yang diluang..

dulu..
tidak pandai menipu..
dulu..
tidak pandai berpura..
dulu..
tidak pandai berkira..
hanya ada rasa yang penting semua gembira..

kini..
apa sahaja yang berlaku rasa diperguna..
kini..
sedikit sahaja khilaf marah membara..
kini..
terlalu banyak putar belit yang tercipta..
dengan alasan..
aku bukan bodoh untuk diperguna..

benar..
pengalaman benar-benar merubah manusia..
hingga ada yang lupa siapa mereka..
dan mula tercari-cari siapa mereka..
hingga mereka terfikir..
jika begini akhirnya..
apa perlunya pengalaman itu??
mereka mahukan diri mereka yang dulu..

benar-benar..
rindukan masa kecil..
hidup tanpa kepuraan..
hidup tanpa rasa curiga..
hidup tanpa rasa peduli apa sahaja..
sungguh-sungguh rindu diri yang dulu..

No comments: