Saturday, February 6, 2010
benci rasa itu..
kau benci perasaan itu..
kau kata dia hanya sejarah lama..
kau kata tiada lagi rasa padanya..
kau kata dia sudah kau lupa..
tapi mengapa??
setiap detik kau masih memikirkannya??
bagaimana keadaannya??
adakah dia gembira??
siapa di sisinya??
bila rasa itu hadir..
kau tercari-cari dia..
bila rasa itu muncul..
kau resah mengenangnya..
tapi kau tidak pernah tahu apa rasa itu sebenarnya..
kau merasa lelah..
dengan rasa itu..
kau terasa kalah..
bila ada rasa itu..
tapi kau tak mampu..
sudah lama kau mengerti bahawa dia sudah pergi..
sudah lama kau fahami dia tidak mahu kau lagi..
sudah lama kau sedari dia tidak pedulikan kau lagi..
sudah lama kau membuang harapan..
sudah berlumut nesan yang kau pacakkan..
tapi kau tetap tak mampu..
mengusir dia dari ingatan..
dan..
kau benci perasaan itu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment