Sunday, January 31, 2010
marah
satu masa dulu,
ada seorang manusia yang bernama Insan..
dia seorang pemarah..
tapi dia bukanlah seorang yang jahat hati..
dia cuma kejam bila melampiaskan rasa benci..
bagi Insan, dia jujur..
lebih elok diluahkan dari disimpan, katanya bila ditegur..
Insan itu hatinya baik, semua tahu..
tapi bila datang hari celakanya, aduh --haru!
pada satu hari, ibunya, setelah sekian lama
memikirkan jalan untuk menegur sifat anaknya itu, membuka mulut..
"wahai anak. harap dibuanglah engkau yang itu.
yang pemarah. yang pendengus. yang pencaci."
"kenapa? ibu lebih mahu aku jadi pembohong yang menidakkan kebenaran hati?"
berterusan telingkahnya.
si ibu diam.
tunduk dan sunyi.
dia usap wajah Insan dengan pandangan sedikit rawan.
dia bilang:
"ini minta aku sebagai ibu. tak usah berhenti.
tak apa. sudah.
cuma minta aku,
di setiapnya kau rasa marah dan benci,
tanamkan paku ini pada tiang rumah kayu kita. cuma itu."
"boleh"
bermula hari itu, dilakukan seperti dimahukan.
sebulan, tiang sudah hampir penuh.
paku sudah bersimpang-siur.
tersaksi olehnya betapa
terlalu ramai yang dia sudah lukakan dalam sebulan semata.
dia rasa malu dengan jiwa dia.
dia rujuk pada ibu.
ibu bisik dengan kasih.
"rujuk pada semua yang kau marah2kan itu.
minta dimaafkan,
meski terpaksa kau mengemis untuknya.
setiap satu lafaz ampun,
cabutlah satu paku yang telah kau sematkan sejak sebulan lamanya."
diikutkan juga.
satu-persatu diceraikan di setiap satu-persatu keampunan.
Insan rasa uja.
dia semakin hampir dengan taraf kosong benci sesama manusia.
dia gembira.
selesai paku2nya.
"ibu, aku berjaya.
tidak lagi ada yang benci aku sepertimana tiada aku pada mereka."
"apa benar?"
"ya. dan betapa bijaksana wahai engkau, si ibu.
mendidik aku untuk menyedari betapa keji aku ini"
si ibu diam. dia senyum dan diam. dia senyum, diam dan hela nafasnya kuat2.
"anak, bukan paku itu yang utama.
lihatkan tiang itu yang sudah sompek dan separuh hancur jisimnya.
rasakan serpih2 yang membungkam dari hayunan tukul pada paku2 itu semua.
itu, nak, yang perlu kau sayukan"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kaseh kepada :- http://puisitepijalan.blogspot.com/
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kisah ini sangat terkesan bagi aku..
memang benar..
kadang-kadang kemarahan terlalu mudah menguasai diri..
sering kali kesabaran luntur dari hati..
saat itu juga..
apa yang dikata sudah tidak dijaga..
apa sahaja perlakuan sudah tidak dihiraukan..
ya,
kita manusia..
tidak sempurna..
amat benar..
dan pabila kita kembali sedar..
sudah terlambat untuk mengundur masa..
sudah ada yang terluka..
dan rasa bersalah menghurung jiwa..
sejurus itu..
kata maaf dihulur..
mungkin dia akan memaafkan..
tapi..
mungkin sukar untuk dia lupakan..
dan luka yang ada pasti meninggalkan kesan..
ya,
pasti ada yang akan berkata..
"jadi kita perlu berpura?
melindungkan rasa marah dijiwa?
bukankah itu hipokrit namanya?"
dan aku tiada jawapannya..
kerana kita semua berbeza..
dan bagi aku..
rasa bersalah lagi berat daripada amarah..
kerana itu perlu untuk belajar mengawal amarah..
jiwa yang parah lebih baik daripada perasaan yang bersalah..
itu bagi aku..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment