Wednesday, November 11, 2009

lupakan dia..


kau kata dia sempurna..
punya rupa indah dimata..
punya suara enak menerobos telinga..
punya keluarga yang bahagia..
punya harta yang tak luak diguna..
benarkah dia sempurna??

kau kata dia bertuah..
punya kehidupan yang nampak indah..
punya keluarga yang tidak pernah berbalah..
punya kekasih yang tak akan beralih arah..
punya pangkat yang dikata gah..
punya perjalanan yang tak pernah kalah..
adakah dia bertuah??

kau terlalu memandang dia sehingga kau lupa melihat dirimu..
kau terlalu memikirkan dia sehingga kau terlupa akan dirimu..
lalu terdetik hatimu..
kenapa dia sempurna..
ada segalanya..
sedangkan kau derita??
dalam tidak sedar hatimu mula meragui keadilan yang Maha Kuasa..

kau benar-benar telah lupa..
dugaan Tuhan bukan hanya dengan derita..
kau benar-benar telah lupa..
ujian Tuhan juga ada bila manusia gembira..

bagaimana kau yakin berkata dia ada segalanya dan dia sempurna??
melainkan kau menjadi dirinya baru kau tahu apa yang dia ada..
bagaimana kau yakin yang dia sentiasa gembira dan hidupnya tiada duka??
melainkan kau menjadi dirinya baru kau tahu kepahitan yang di rasa..

kerana kita adalah manusia..
Tuhan pasti akan menguji kita..
apa pun yang kau ada..
pasti ada buruk baiknya..
apa pun yang kau rasa..
pasti ada pahit manisnya..

jadi..
lupakan cerita dia..
nikmatilah apa yang kau ada..
pasti kau kan rasa ..
bahagia di dalam duka..
tenang di dalam kecewa..
terang di dalam gelita..
pabila kau percaya..
bahawa kau ada Dia..

No comments: