Monday, September 7, 2009

Antara Garisan


hujung minggu yang lalu, aku ada menonton sebuah telemovie yang memang pada mulanya aku tidak ingin tonton..
bukan kerana aku memperlekehkan karya itu tetapi mungkin kerana ada pelakon yang tidak aku berapa gemari..maafkan aku..
aku juga manusia bukan??tapi Tuhan itu maha berkuasa..kini aku bersyukur diberi peluang untuk menonton telemovie
itu yang bertajuk "Antara Garisan"..

telemovie itu bermula dengan kedatangan seorang ustaz ke sebuah kampung dan dia terserempak dengan seorang
GRO dikawasan masjid..dia memandang GRO itu dengan pandangan jijik..dan pengakhirannya pula ustaz itu
bertukar tempat dimana bekas GRO itu pula yang memandang ustaz itu dikaki masjid dalam keadaan yang
mengaibkan kerana ditangkap berzina..
dalam cerita itu juga permulaannya ada seorang yang alim yang mengalunkan ayat suci Al-Quran dan pada akhir
rupanya dialah syaitan yang mengajak manusia kearah kesesatan..

telemovie ni memang menarik..membawa maksud yang sangat mendalam..
kita sebagai manusia hanya dipisahkan dengan satu garisan halus antara kita..
garisan pahala dan dosa..ada kala kita terlintas garisan itu tanpa kita sedari..
ada kala hanya sesaat sahaja kita sudah melepasi garisan itu..
oleh kerana itu, kita tidak layak untuk manghukum seseorang..
tidak tercapai kuasa kita untuk mengatakan seseorang itu akan jatuh ke dalam neraka atau berjaya sampai ke syurga..
tidak sampai dek akal kita untuk mengira seberat mana pahala seseorang dan seberat mana dosa seseorang..
kita hanya manusia..
apa yang termampu adalah membantu..
andai ada yang terlintas ke garisan dosa hulurkan tangan untuk membawa dia kembali menyeberangi garisan pahala..
bukankah itu lagi mulia daripada kita terus-terusan menghukum dan menghina??
kerna kita jua manusia..
mungkin kita yang akan terleka hingga terlintas garisan dosa..

No comments: